Assalamualaikum dan  salam sejahtera buat semua pembaca blog Mahabbahfillah. Insyaallah sekarang ini saya sedang bertungkus lumus untuk menguruskan beberapa event yang dianjurkan oleh Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI) dan yang terdekat adalah Bengkel Pengurusan Sukarelawan Muslim yang akan dijalankan pada 15 September 2013 di Dewan Kuliah Masjid Jamek KL

Sebenarnya program ini telah lama dirancang untuk dijalankan semenjak tahun 2011 lagi tetapi asyik saja tertangguh kerana memerlukan kesediaan yang rapi untuk dijalankan beserta modul yang mampu menarik minat peserta.

Team kami juga telah cuba untuk mendapatkan tempat yang strategik untuk diadakan bengkel ini secara berterusan dan ianya bermula dengan program yang dijalankan pada 15 September 2013 ini.

Bengkel ini akan diuruskan oleh Motivator dalam dunia sukarelawan iaitu Encik Mohd Raffie Jaafar yang pernah bertugas di Yayasan Salam, Majlis Aids Malaysia, PT Foundation dan banyak lagi NGO yang mengkhusus pada bidang sukarelawan ini. Disampin itu majlis berbesar hati menjemput sahabat saya di ABIM iaitu Encik Azlan Sharif yang akan berkongsi pengalaman beliau dan cara cara mendekati komuniti yang selama ini beliau tangani di tempat yang agak mencabar seperti di Pulau Ketam. Banyak yang kita boleh pelajari dari mereka berdua.

Kaedah penyampaian program ini akan dijalankan secara santai dan juga melalui LDK (Latihan dalam Kumpulan)

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi Sukarelawan dalam program program yang akan kita jalankan nanti jemputlah hadir ke program ini.

Sila isi borang penyertaan ke program ini seperti di bawah. Maklumat lanjut di Facebook PAFI dan Web PAFI.

BORANG PENYERTAAN

Assalamualaikum w.b.t. Pada 22 Ogos 2013 sebagai mewakili Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI) dan juga atas dasar solidariti Islam, saya bersama beberapa sahabat NGO lain membanjiri Istana Kehakiman Putrajaya untuk menghadiri keputusan yang bakal memberikan impak kepada perkembangan Islam di masa depan. Berikut adalah kronologi yang saya sentiasa update di Facebook saya sepanjang sesi tersebut.


Sekitar waktu ini menunggu keputusan hakim berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian oleh NGO NGO Islam. (8.37am)


Taklimat pasukan peguambela muslim.. Prosiding didengar oleh Hakim wanita muslim dan 2 lagi lelaki muslim pagi ini. Pasukan peguambela mohon bermunajat berikutan barisan peguam akan berjuang di dalam.. Sambil selawat pada rasululullah.. (9.04am)



Ketika ini pihak peguambela Church sedang berusaha menolak rayuan oleh peguambela Islam dengan gharapan jika mereka menang hari ini kita tak akan boleh merayu lagi di mana mana mahkamah dan kalimah Allah kekal milik mereka seperti yang diputuskan oleh Hakim sebelum ini yang memihak kepada gereja, Hakim Mahkamah Rayuan yang menentukan keputusan hari ini ialah Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Abdul Aziz Karim dan Datuk Rohana Yusof.

Ketika ini laungan Azan bergema dan ramai yang berada dalam kesayuan.




Dr Yusri Mohamad, Presiden PEMBELA memberi taklimat mengenai apa yang berlaku di dalam dan juga memberikan sedikit penerangan apa akan terjadi jika kita kalah hari ini atau menang pada hari ini.


12.46 tengahahari. Penulis dapat naik ke tingkat 2 Mahkamah Rayuan dan sedang menunggu keputusan yang dinantikan. Kelihatan beberapa wakil pihak gereja hanya berani berada di tingkat atas tersebut dan tidak nampak banyak di mana mereka berkumpul.



1.28 petang. Semua hujahan telah selesai. Barisan peguambela Islam memberikan taklimat bahawa keputusan hakim akan dibuat pada jam 3 petang ini. Keputusan yang amat dinantikan.



3.40 petang. Sidang tamat. Barisan peguambela Islam menunjukkan isyarat tangan bagus dan laungan takbir bergema dari dalam mahkamah lagi.



Barisan pembela memberitahu keputusan mahkamah hari ini yang memihak kepada pasukan pembela Muslim seperti berikut :

1) Bible bahasa melayu masih seperti status asal iaitu dibenarkan.

2) Kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh pihak kristian

3) Permohonan pihak kristian utk meneruskan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah ditolak. Permohonan peguam muslim supaya kes kalimah Allah ini dibicarakan lagi telah berjaya.

4) Permohonan pihak kristian untuk menolak pencelah dari Majlis Agama Islam juga tidak dibenarkan. Pencelah dari Majlis Agama Islam sekarang berstatus sebagai perayu yang sah bagi kes kalimah Allah ini.




TENTANG KEPUTUSAN KALIMAH ALLAH HARI INI..

Ada yang keliru dengan status saya sebelum ni tentang keputusan mahkamah pada hari ini.

Menang mutlak atas kalinah Allah? Belum lagi... Seperti yang saya cakp dari pagi tadi kesan kalau kita kalah hari ini di mahkamah kita tak boleh buat rayuan lagi.. Kalau kita menang akan ada sambungan pada 10 September utk perbicaraan rayuan penuh untuk membatalkan keputusan Hakim sebelum ini yang membenarkan penggunaan kalimah Allah tu. Jadi amat penting utk kita menang pada hari ini supaya kita x dinafikan utk langsung x da peluang yang lain. Kemenangan pada hari ini membuka laluan dan harapan utk permintaan gereja dimansuhkan.

Perjuangan masih belum selesai dan perlu kita terus berdoa dan usaha memahami isu ini dan terus menjadi suara yang memperjuangkan isu ini. Wallahualam..

Armly
22/8/2013
Istana Kehakiman Putrajaya




Zaman teknologi makin maju dan serentak dengan itu rasanya tak terkejar dengan perkembangan ini terutamanya bagi penulis seperti aku yang rajin menulis dengan menggunakan kertas. Satu masa bila aku terus menulis dengan pelbagai karya aku rasa agak ralat bila mula membiasakan diri dengan hanya menggunakan komputer. Percayalah apabila mula menggunakan komputer dalam penulisan kadangkala kita rasa tak mahu lagi imbas balik apa yang kita tulis. Maka nanti keluarlah pelbagai telahan yang samar samar oleh pembaca yang membaca hasil tulisan.

Mengimbas kembali zaman ketika 90 an ketika itu berada di zaman sekolah rendah dan menengah. Aku memang cukup teruja menulis dan membukukan dalam bentuk majalah yang dipanggil Zine (Rujuk gambarajah). Aku akan menulis dengan tangan dan menggarap pelbagai jenis lukisan dan minat. Zaman masa di sekolah rendah dahulu (Sek Agama Bandar Baru Bangi) aku cukup suka menulis cerpen dan puisi yang agak mengarut. Dan kemudian kadangkala aku buat permainan game ular, caranya kita buat la macam jalan jalan yang sukar dilalui macam lorong dan kemudian ajak kawan kita supaya pegang pensil dengan kepit dan jentik jentik pensil tersebut supaya melalui semua jalan tu hingga sampai ke akhirnya. Bila menang tu aku pun bagi lah duit 10 sen. (Masa tu 10 sen dah boleh dah beli kuih ke kat kantin sekolah). Kalau kalah kira yuran penyertaan 10 sen tu aku ambiklah. Dan aku akan promote jual Zine ni dengan harga 20 sen. Ada gak kawan kawan beli. Jadi kerjanya aku akan pergi ke kedai fotostat dan buat beberapa salinan untuk dijual.

Kepuasan? Dari dahulu lagi aku cukup puas bila hasil tulisan aku dapat dibukukan dan si steplekan. Agak menarik bila dapat mengumpul beberapa Zine ni. 

Berterusan ke Sekolah Menengah zaman Zine makin naik. Apatah lagi ketika itu trend musik Underground dan Alternatif mengambil tempat. Masa itu kalau artis antarabangsa ni amat dikenali NIRVANA. Siapa tak kenal NIRVANA dengan vokalis Kurt Cobain tu memang kira katak bawah tempurunglah. Sebenarnya masa tu dah banyak Gig (konsert skala kecil) yang dibuat di pelbagai premis. Aku pada ketika itu cukup gila dengn trend tersebut dan mula menulis Zine. Walaupun begitu Zine yang aku mula tulis pada zaman itu tak mendapat sambutan kerana mungkin kurang pendedahan. Tapi dapat jugak aku distribute pada kawan kawan yang lain. Mereka suka baca apa yang aku tulis. Dan aku mengambil kesempatan untuk meletakkan juga puisi dan juga cerpen dalam Zine tersebut.

Perkembangan Zine nampaknya terhenti seiring dengan perkembangan teknologi termasuk Internet yang mula diperkenalkan selepas itu. Dengan kehadiran Blog maka Zine sudah tidak lagi relevant. Ketika itu Zine adalah medium utama untuk mempromosikan band band Alternatif dan Underground dalam Malaysia. Jika tidak kerana medium ini tentu ramai yang tidak kenal Koffin Kanser, Republik Of Brickfield (ROB) dan beberapa nama lagi (sekadar menyebut beberapa nama)

Kehadiran Blog dalam era kini telah direbut oleh aku sendiri dalam menyampaikan sesuatu. Cuma bila usia menganjak jauh aku makin kurang skill dan kemahiran. Namun begitu aku tetap berminat dengan menghasilkan pelbagai penulisan yang baru.

Cita cita dan hajat aku pada suatu hari nanti aku akan mempunyai publication aku sendiri dan dapat menerbitkan penulisanku dan penulisan sahabat sahabat ku. Terutamanya kini dalam penulisan yang berkaitan dengan sastera puisi, skrip teater dan travelog. 

Mengimbas kembali trend Zine ini pada masa dahulu membuat aku rindu dengan zaman semua orang berebut rebut untuk menulis dan memperkembangkan bakat mereka. Ketika itu kami amat dihargai kerana golongan muda belia yang sangat berminat dalam penulisan. Namun dalam perkembangan kini zaman Copy dan Paste telah menenggelamkan bakat penulis penulis muda. 

Cuba lah sesekali duduk memegang pen dan kertas ataupun di depan Microsoft Word cuba menaip karya anda sendiri.. Anda tidak akan sesal dan anda rasa bertuah dikurniakan bakat oleh Allah s.w.t.

"Dunia Bukan Bulat"

Armly
13/8/2013


Di lorong lorong tikus.. 
Dia duduk termanggu..
Makan tak tentu, lapar mainannya
Jalan bertapak tumitnya hancur
Ihsan sekelumit manusia yang peka..

Laju masa metropolitan berlalu
Hutan batu semakin tinggi
Namun nasib aku di bawah kolong siapa tahu
Poket kontang baju rabai

Encik Korporat bina tenokrat..
Tapi tak terpandang kita yang tenat...
Di bawah kolong..
Di tepi lorong..
Yang sakit melolong...

Jika ada seringgit..
Beri sedikit..
Aku takkan perit..

Armly (13/8/2013)



Kali ni aku nak menulis sikit tentantang gelagat segelintir manusia yang suka menuding jari ke arah orang lain sedangkan mereka tak tahu satu jari menuding ke arah orang lain yang satu lagi pergi ke arah diri sendiri. 

Selalu sangat kalau kita baca dalam facebook dan yang seangkatan dengannya kita akan melihat bahawa makin ramai orang yang dah mula posting topik topik keagamaan. Baguslah daripada orang ramai dok merapu bukan bukan dengan macam macam isu seperti pergaduhan politik yang rasanya mahu naik termuntah dan meluat nak dibacanya. Tapi kalau dah memang tabiat orang Malaysia ni suka pada segala perkara yang bersifat kontroversi maka apa saja tajuk yang diutarakan di Facebook pastinya dipandang dengan penuh kontrover-sial.

Banyak juga yang aku lihat kebelakangan ini suka mengatakan yang orang ini tak islamik, orang itu tak islamik, ini haram itu haram, ini bla bla bla.... Kadang-kadang tu sampai kita sendiri menggeleng kepala bila ada yang mula menimbulkan isu yang sangat remeh dan mula membesar-besarkan nya di Internet dan akhirnya terus menjadi ikutan 'share' dan seterusnya mulalah perang caci mencaci dan kutuk mengutuk insan itu ini. Walaupun yang meletakkan isu dan status itu pada zahirnya nampak 'warak waradum wabarqaq' (meminjam ayat Arwah nenekku).

Isu ni sangat sensitif. Seperti jugak lah isu dengan yang ditimbulkan oleh mereka yang tak bertudung yang mengatakan apa guna bertudung kalau penuh dengan dendam kesumat dan 24 jam mengadu domba dan fitnah. Dalam hal ini aku berpendapat ada pro dan kontra nya. Menutup aurat tu satu perkara yang diwajibkan dalam Islam. Tetapi tak boleh meletak hukum terus mereka yang tak bertudung tu ahli neraka. Nabi S.A.W sendiri ada bersabda :

"Amal soleh kamu tidak menjamin kamu masuk ke dalam Syurga dan tidak pula dapat menjauhkannya daripada api neraka, kecuali dengan rahmat Allah" - Hadith Riwayat Muslim

Aku nak kisahkan satu cerita tentang tajuk ni harap kita semua yang suka sangat nak menjatuhkan hukum orang itu tak islamik la.. kafir la.. haper la... konpem masuk neraka la.. cuba teliti kisah ni skit.

Satu masa dulu ada seorang hamba yang amat Soleh. Dia diberikan umur yang sangat panjang kira kira 500 tahun, dan tak pernah sia siakan hidup dia yang panjang tu. Hidupnya betul-betul dia manfaatkan hanya untuk beribadah... beribadah... beribadah kepada Allah SWT.

Abis tu kalau 24 jam dia hanya ibadah dia jer camna dia menyara hidup dia?

Itulah rahmat Allah yang diberikan kepada  hamba tersebut, Allah melimpahkan harta kekayaan kepada dia, segala keperluannya di penuhi oleh Allah SWT so dia memang tak pernah pikir pasal dunia ni. Siang dan malam hamba ni terus menerus beribadah hanya kepada Allah SWT.

Sampai akhirnya sang hamba yang teramat sholeh tersebut meninggal dunia. Singkat cerita, ketika sang hamba tersebut akan dimasukkan ke dalam surga. Allah SWT berkata kepada Malaikat Jibril "Wahai Jibril masukkan hambaku yang sholeh ini ke surga karena Rahmatku".

Lalu sang hamba yang soleh tersebut berkata "Ya Allah... masukkanlah hamba ke dalam surga karena amalan-amalan yang telah ku kerjakan selama ini".

Allah SWT pun berkata "baiklah, akan kumasukkan kau kedalam surga sebab amalanmu, tapi sebelum itu aku akan menghisab terlebih dahulu yang mana lebih berat timbangannya amalan ibadah yang kamu lakukan selama 500 tahun ataukah rahmatku yang aku berikan selama 500 tahun ini kepadamu"

Hisab pun dilakukan....

Subhanallah...Allah Maha Menghitung...

Amalan ibadah siang dan malam yang dikerjakan selama 500 tahun oleh hamba soleh tersebut, setelah dihisab tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan Rahmat Allah SWT yang dianugerahkan selama ini kepada dia.

Kemudian, Allah berkata kepada Malaikat Jibril : "Wahai Jibril, masukkan orang ini ke neraka karena kesombongan dan keangkuhannya, Tidak seorang pun masuk surga karena amalnya, melainkan karena rahmat Allah".

Maka dia pun sedar dan menyesal akan kesombongan dan keangkuhannya. Dia pun memohon kepada Allah SWT : "Astagfirullah ya Allah... Ampunilah kekhilafanku... Ampunilah atas kesombongan dan keangkuhanku, jangan masukkan hamba ke neraka, hamba tak sanggup menanggungnya. Ya Allah masukkanlah hamba ke dalam surga di karenakan RahmatMu"

Karena Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta Maha Pengampun. Allah pun berkata kepada Malaikat Jibril : "Wahai Jibril, masukkan hambaku ini kedalam surga karena Rahmatku"

So kesimpulannya yang aku nak bagitau janganlah kita sombong dan angkuh sangat dengan rasa kita ni dah cukup hebat amal, dah cukup islamik... Orang lain semua salah kita je yang betul.

Agama Islam tu bukan agama Hukuman. Kalau teliti Al Quran tu adakah dari awal mula Al Quran sampai habis tu disebut hukum tu hukum ini jer? Islam tu agama hikmah.. Jangan buat orang luar yang baru nak kenal Islam terus turn off dan tak nak dekat Islam..

For my friend yang non muslim, kenal lah Islam dengan agama itu sendiri.. Jangan mengenal umat Islam.. Sebab kerana segelintir manusia yang sombong dan angkuh dengan amalan mereka ini bukanlah menggambarkan agama Islam yang syumul (sempurna) ini.

Wassalam


Armly

Merasakan kejatuhan dan keperitan dalam meneruskan perjuangan kehidupan terutama dalam mnyandarkan harapan pada Allah yang maha esa bukanlah satu perkara yang ganjil dalam kehidupan kita ini. Waktu pagi kita berbicara seperti seorang ustaz dan pakar kehidupan, petang hari kita mula menonjolkan sifa yang bertentangan dan malam hari kita mula menyerupai pemilik pemilik hipokrasi yang seolah olah mempersendakan kata kata yang dilafazkan pai tadi. Sebelum kita melelapkan mata kita muhasabah kembali apa yang telah kita lakukan dan kita mula diserang rasa kekecewaan akibat hipokrasi diri yang kita amalkan setiap hari. Menanti fajar kembali pada esok pagi kita berjanji untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Dan kita memulakan hari lagi dengan ungkapan dan status di Facebook yang menyeru kepada kebaikan dan akhirnya menjelang petang kita kembali membiarkan syaitan merajai hati kita dan kembali kalah dalam perjuangan menegakkan iman dan mempertahankan keimanan dalam hati kita.

Dalam doa doa kita setiap hari kita sering meyandarkan doa dan bermohon kepada Allah agar kita dihidupkan dalam iman dan dimatikan dalam iman.Kita juga memohon pada Allah agar kita diberikan pengkahiran hidup yang baik. Tapi seringkali segala apa yang berlaku dalam hidup kita seolah tidak memungkinkan untuk kia dihidup dan dimatikan dalam iman. Seolah olah jauh dari nyata tentang impian husnul khatimah.

Siapalah boleh menjamin apa yang kita harapkan dan impikan sebagai muslim yang soleh dan solehah akan berkekalan sehingga ke akhirnya. Selalunya kita akan mengambil langkah besar untuk memulakan penghijrahan, kita rasa hebat di permulaan, kita semakin gemilang di pertengahan, mencapai satu fasa stabil dan akhirnya penipuan syaitan itu yang membisikkan di telinga kita akan mula beraja di hati dan akhirnya perlahan demi perlahan kita mula menuruni anak tangga yang kecil yang membuatkan sampai satu masa kita tak sempat untuk menuruni anak tanngga tetapi tersungkur akibat langkah yang semakin mengecil natijah daripada langkah besar yang kita ambil dulu.

Iman itu pemiliknya Dia. Hari ini mungkin kita mencapai martabat Nabi tetapi esok mungkin sebaliknya. Mendabik dada dan mengecilkan orang lain yang tidak satu fikrah dengan kita merupakan satu ujian yang Allah berikan untuk menguji rasa riak dan ego yang tersembunyi dalam hati kita.

Sedangkan nabi Allah Adam tercampak ke dunia akibat godaan Iblis, apatah lagi kita manusia biasa. Namun dengan meyakini martabat manusia itu amat tinggi hinggakan malaikat disuruh sujud pada Adam, perlu kita tanamkan dalam hati bahawa dengan mengenali hakikat diri pasti martabat itu akan tinggi. Jika tidak masakan Rasulullah S.A.W dijadikan pesuruh Allah tetapi bukannya malaikat?

Sekadar satu inspirasi dan motivasi pada diri sendiri dan sahabat yang sudi membaca coretan ini. Semoga kita meredhai segala ketentuan baik dan buruk yang datang dari Allah itu.

Tersungkur dan jatuh dalam perjuangan bukan perkara luar biasa...

When u feel that everything you do, the harder you try its getting worse, stop a while and reverse.. Sometimes its a sign from God to you before you lose...

Armly


Di sekeliling aku sekarang apa yang aku lihat kesedaran beragama amat cukup kuat dengan pelbagai program keislaman yang dianjurkan di sana sini. Tak cukup dengan itu, TV pulak menyediakan 2 saluran Islamik iaitu Tv Al Hijrah dan Astro Oasis. Pengisiannya samaada cukup Islamik atau tidak bukanlah menjadi hal sebab kalau dibuat secara extrim pastinya langsung tidak dpat menarik perhatian golongan sasaran. Radio pun sejak dari dulu sudah ada IKIM FM yang banyak menumpukan kepada persoalan agama dan muamalat seharian. Adakah dengan wujudnya pelbagai saluran dan method untuk penyampajian dakwah ini kita sudah hampir kepada matlamat mewujudkan kesedaran beragama kepada semua masyarakat di Malaysia.

Sejak dari zaman Universiti dahulu di UiTM aku sudah berhadapan dengan persoalan cukup islamik apabila berhadapan dengan kumpulan yang agak ekstrim dalam beragama dan kumpulan yang agak ringan. Aku langsung tak salahkan kumpulan yang menampilkan imej berkopiah 24 jam hatta ke kuliah sekalipun. Itu adalah pemahaman mereka dan kalau mereka rasa mereka senang dengan imej Islam begitu apa salahnya. Iyalah, kalau ada yang mewarnakan rambut dan memakai rantai 24 jam kenapa pulak tidak dipersoalkan sebaliknya mereka yang berimej Islam dipersoalkan. Rasanya kalau setakat imej tidak apalah. Tapi masa di Universiti dahulu, aku jugak sering berhadapan dengan kumpulan yang merasakan semua orang salah dan mereka sahaja yang betul.

Kewujudan 2 kumpulan yang  terarah kepada pendekatan dakwah secara extrim dan ringan sepatutnya ketika itu tidak memberi masalah kerana menuju kepada matlamat yang satu. Dahulu aku ingatkan mungkin ini hanya berlaku di kampus tetapi apabila sudah tamat belajar dan menyertai banyak NGO di luar rupanya perkara ini masih lagi berbangkit, Isu siapa lebih Islamik amat menarik perhatian dan akhirnya memecahbelahkan masyarakat.

Mahu tidak mahu akhirya isu Politik akan mula masuk secara halus. Ini juga berlaku ketika aku di UiTM dahulu apabila dilabelkan Pro PAS dan Pro UMNO. Walhal matlamat untuk menganjurkan pelbagai program dakwah dan keagamaan dalaha sama. Oleh kerana banyak pengalaman perit yang aku alami semasa di Univeristi dulu aku memilih untuk menyertai NGO dan mewujudkan kumpulan Non Partisan yang membawa imej serta fahaman yang agak ringan dalam misi gerak kerja sosial.
Ada orang yang pernah bertanya dan diri sendiri juga pernah bertanya.. Apakah aku cukup Islamik dan berkelayakan dalam memimpin sebuah gerak kerja kecil seperti Usrah dan NGO amal Islami? Aku sendiri sering bertanya pada diri sampai bilakah aku mampu menjalani gerak kerja ini sedangkan kadangkala rasa diri ini tidak langsung layak untuk memimpin. Ada masanya aky rasa ingin lepaskan sahaja kepada mereka yang layak dn hanya memandang dari jauh. Tapi apa yang aku takutkan ialah aku akan bertambah jauh dan akhirnya aku akan meninggalkan gerak kerja Islam hanya semata2 kerana persoalan adakah aku Cukup Islamik untuk buat semua ini?

Oleh sebab itu aku sering mengingatkan pada diri aku sendiri bahawa apa yang aku lakukan hanya mentadbir sebuah organisasi dan bertindak sebagai Pengurus. Langsung aku meletakkan segala tanggungjawab tarbiah kepada mereka yang berkelayakan seperti Ustaz ustaz dan Ustazah ustazah. Kerana itu aku cukup bergantung kepada organisasi dakwah seperti Jakim, Jawi dan pelbagai lagi yang diwujudkan untuk menjalankan program ini.

Apakah akhirnya yang aku perolehi? Tiada apa yang aku harapkan untuk diri aku selain dariNya. Dan yang lebih penting aku amat mengharapkan agar usaha yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada sahabat2 aku yang lain yang sama menyertai gerak kerja ini.

Persoalan CUKUP ISLAMIK sepatutnya tak wujud.. Hanya persoalan adakah kita melakukan sesuatu dan tindakan yang kita buat.
Menguruskan sebuah kumpulan jemaah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang jemaah nya yang daripada ada fikrah kepada tiada fikrah bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Kadangkala sebagai Amir aku terpaksa mendengar rintihan pihak sana dan sini yang tidak berpuas hati antara satu sama lain. Walaupun pada kaedahnya ialah perkara ini takkan mungkin wujud kerana kita berkumpul adalah kerana Allah dan semuanya demi kerana ingin mendapat keredhaanNya, namun ini bukan semudah teori yang dapat disangka.

Kadangkala aku mula memahami kenapakah rupanya walaupun banyak NGO yang berlainan nama namun mempunyai satu tujuan yang sama tetap tidak dapat mencari satu permuafakatan untuk bekerja bersama-sama. Parti politik yang sama katanya memperjuangkan kepentingan orang Melayu juga tidak mampu untukbersatu untuk mencari satu titik persamaa. Negara-negara arab yang juga menjadi contoh dengan kita mengatakan sebagai lebih Islamik juga turut berperang diantara satu sama lain. Konflik di negara-negara arab juga bukan sahaja diwujudkan oleh pihak luar tetapi yang lebih parah apabila yang menjadi dalangnya adalah mereka yang berada dalam negara itu sendiri. Dengan kata lain rakyat mereka sendiri yang mengaku beragama Islam dan menyembah Allah yang satu.


Bukan lagi menjadi rahsia bila di negara kita Malaysia yang tercinta ini, makin banyak NGO yang wujud terutamanya NGO yang memperjuangkan hak Islam dan orang Melayu. Namun demikian amat susah untuk mereka ini bersatu di bawah satu payung. Kadangkala seakan menjadi masalah bila setiap NGO ini ingin menjuarai isu yang dibuat dan sangat tidak ingin berkongsi isu yang sama walaupun isu ini akan membawa keuntungan kepada kemaslahatan ummah. Ini yang menjadi masalah kepada kewujudan NGO yang ingin bersifat populis dalam menganjurkan pelbagai isu dan program. Bila ada diantara NGO lain yang ingin menagih sokongan kepada sesuatu isu atau program, perkara pertama yang akan mereka fikirkan ialah apakah keuntungan yang akan mereka perolehi dari kerjasama ini? Adakah mereka akan popular atau NGO yang satu lagi akan popular? Dapat tak menambahkan dana kita? Adakah masyarakat akan sedar bahawa isu atau program ini adalah hasil dari kita?

Melihat kepada pertikaian dan apa yang mereka fikirkan bila membuat keputusan untuk bersama dengan NGO lain membuat kan aku rasa sungguh keji terhadap tindakan dan pemikiran mereka ini. Hingga kini aku paham kenapa banyak sangat NGO wujud di Malaysia ini. Anatar sebab nya bila NGO yang ada ini lebih memikirkan keuntungan politik dan ingin popular dan langsung tidak mahu ada sekumpulan orang lain (orang baru) yang menganggotai NGO ini akan menenggelamkan mereka orang lama. Sedangkan mereka sendiri perlu sedar bahawa persatuan atau pertubuhan bukanlah hak milik individu sebaliknya ia adalah satu entiti yang menggabungkan pernyataan dan permuafakatan sebahagian ahli yang terlibat dalam NGO tersebut.

Jika perkara ini terjadi pada NGO yang bersifat bukan agama mungkin aku tidak berapa kisah sangat terutamanya yang melibatkan parti politik. Tapi yang menjadi satu perkara yang bukan sahaja membuatkan aku serabut malahan para pemerhati mendapati ia menjangkiti semakin banyak NGO yang berteraskan Islam. Persoalan siapa lebih Islamik dan siapa yang sekular, siapa yang di belakangnya parti politik dan siapa di belakangnya pemusnah agama Islam juga sering dipersoalkan.

 

Bila aku memikirkan isu-isu dan perkara ini barulah aku sedar bahawa apa yang kumpulan Usrah aku alami merupakan 'sample' daripada 'populasi' masalah yang melanda masyarakat zaman kini. Dan jika ia menjangkiti kumpulan Usrah dan pertubuhan yang aku uruskan ini barulah aku sedar bahawa ia bukan perkara mudah untuk seorang pemimpin untuk mengatasi masalah berkaitan dengan jemaah.


Sebagai seorang pemimpin, aku perhatikan semua NGO dan pertubuhan yang ada perlu bersifat lebih matang dan perlu sentiasa bermuhasabah dengan matlamat sebenar perjuangan kita? Redha siapa yang ingin kita cari? Popular di mata manusia? Atau popular di mata Allah dan seluruh penghuni langit. Wallahualam

# Theres no right or wrong.. just to think about...

Armly
6/8/2013