Era "Zine" hingga ke Blog [Hilang Sudah Kreativiti Kita]

, , No Comments

Zaman teknologi makin maju dan serentak dengan itu rasanya tak terkejar dengan perkembangan ini terutamanya bagi penulis seperti aku yang rajin menulis dengan menggunakan kertas. Satu masa bila aku terus menulis dengan pelbagai karya aku rasa agak ralat bila mula membiasakan diri dengan hanya menggunakan komputer. Percayalah apabila mula menggunakan komputer dalam penulisan kadangkala kita rasa tak mahu lagi imbas balik apa yang kita tulis. Maka nanti keluarlah pelbagai telahan yang samar samar oleh pembaca yang membaca hasil tulisan.

Mengimbas kembali zaman ketika 90 an ketika itu berada di zaman sekolah rendah dan menengah. Aku memang cukup teruja menulis dan membukukan dalam bentuk majalah yang dipanggil Zine (Rujuk gambarajah). Aku akan menulis dengan tangan dan menggarap pelbagai jenis lukisan dan minat. Zaman masa di sekolah rendah dahulu (Sek Agama Bandar Baru Bangi) aku cukup suka menulis cerpen dan puisi yang agak mengarut. Dan kemudian kadangkala aku buat permainan game ular, caranya kita buat la macam jalan jalan yang sukar dilalui macam lorong dan kemudian ajak kawan kita supaya pegang pensil dengan kepit dan jentik jentik pensil tersebut supaya melalui semua jalan tu hingga sampai ke akhirnya. Bila menang tu aku pun bagi lah duit 10 sen. (Masa tu 10 sen dah boleh dah beli kuih ke kat kantin sekolah). Kalau kalah kira yuran penyertaan 10 sen tu aku ambiklah. Dan aku akan promote jual Zine ni dengan harga 20 sen. Ada gak kawan kawan beli. Jadi kerjanya aku akan pergi ke kedai fotostat dan buat beberapa salinan untuk dijual.

Kepuasan? Dari dahulu lagi aku cukup puas bila hasil tulisan aku dapat dibukukan dan si steplekan. Agak menarik bila dapat mengumpul beberapa Zine ni. 

Berterusan ke Sekolah Menengah zaman Zine makin naik. Apatah lagi ketika itu trend musik Underground dan Alternatif mengambil tempat. Masa itu kalau artis antarabangsa ni amat dikenali NIRVANA. Siapa tak kenal NIRVANA dengan vokalis Kurt Cobain tu memang kira katak bawah tempurunglah. Sebenarnya masa tu dah banyak Gig (konsert skala kecil) yang dibuat di pelbagai premis. Aku pada ketika itu cukup gila dengn trend tersebut dan mula menulis Zine. Walaupun begitu Zine yang aku mula tulis pada zaman itu tak mendapat sambutan kerana mungkin kurang pendedahan. Tapi dapat jugak aku distribute pada kawan kawan yang lain. Mereka suka baca apa yang aku tulis. Dan aku mengambil kesempatan untuk meletakkan juga puisi dan juga cerpen dalam Zine tersebut.

Perkembangan Zine nampaknya terhenti seiring dengan perkembangan teknologi termasuk Internet yang mula diperkenalkan selepas itu. Dengan kehadiran Blog maka Zine sudah tidak lagi relevant. Ketika itu Zine adalah medium utama untuk mempromosikan band band Alternatif dan Underground dalam Malaysia. Jika tidak kerana medium ini tentu ramai yang tidak kenal Koffin Kanser, Republik Of Brickfield (ROB) dan beberapa nama lagi (sekadar menyebut beberapa nama)

Kehadiran Blog dalam era kini telah direbut oleh aku sendiri dalam menyampaikan sesuatu. Cuma bila usia menganjak jauh aku makin kurang skill dan kemahiran. Namun begitu aku tetap berminat dengan menghasilkan pelbagai penulisan yang baru.

Cita cita dan hajat aku pada suatu hari nanti aku akan mempunyai publication aku sendiri dan dapat menerbitkan penulisanku dan penulisan sahabat sahabat ku. Terutamanya kini dalam penulisan yang berkaitan dengan sastera puisi, skrip teater dan travelog. 

Mengimbas kembali trend Zine ini pada masa dahulu membuat aku rindu dengan zaman semua orang berebut rebut untuk menulis dan memperkembangkan bakat mereka. Ketika itu kami amat dihargai kerana golongan muda belia yang sangat berminat dalam penulisan. Namun dalam perkembangan kini zaman Copy dan Paste telah menenggelamkan bakat penulis penulis muda. 

Cuba lah sesekali duduk memegang pen dan kertas ataupun di depan Microsoft Word cuba menaip karya anda sendiri.. Anda tidak akan sesal dan anda rasa bertuah dikurniakan bakat oleh Allah s.w.t.

"Dunia Bukan Bulat"

Armly
13/8/2013

0 comments:

Post a Comment