"Berkorban apa sahaja.. Harta ataupun nyawa.. Itulah kasih mesra.. Sejati dan mulia... Kepentingan sendiri.. tidak diingini... bahgia kekasih... saja yang diharapi.." #Hajj2013

Aidiladha bukan setakat Korban sembelihan.. Bukan setakat menjurai airmata menyimpan keinginan untuk berada di padang arafah menyempurnakan wukuf.. Tapi setakat mana kita berkorban dalam keseluruhan hidup kita sebagai seoarang hamba Allah yang mengaku muslim dalam membantu saudara kita yang lain. Setakat mana kita berkorban harta, masa dan tenaga untuk membantu sahabat seagama kita yang mungkin ketika ini sedang kelaparan dan tidak mampu untuk membeli makanan. Selagi kita tidak mengorbankan perkara yang kita sayang untuk diberikan, apalah ertinya kita sebagai seorang Muslim?

Seandainya belum merasa perih jerih berkorban untuk membantu dan membangunkan ummah dan saudara seagama yang sedang kesusahan dan sedang tercari cari sinar dalam hidup ini, bolehkah kita masih digelar sebagai seorang muslim yang telah faham konsep bekorban? Bagaimana hendak kita banggakan mengerjakan haji di Mekah tapi bila di tanah bumi kelahiran sendiri hanya mendiamkan diri dalam sebarang usaha untuk membantu saudara kita yang sedang dalam kesusahan?

Atau setakat megah menjadi "Keyboard Warrior" di depan lap top dan smartphone dan telah kita katakan kita telah pun berkorban seluruh jiwa dan tenaga untuk ummah kita...

Selamat menyambut Aidiladha... Semoga kita lebih memahami istilah pengorbanan... Taqaballahuminkum..

Armly
14/10/2013
8.07 malam

Sebagai seorang aktivis yang sangat mengambil berat tentang isu berkaitan dengan komuniti terpinggir, saya memang tidak dapat lari daripada mengutarakan pandangan serta melakukan tindakan terhadap isu yang berkaitan dengan HIV dan AIDS. PAFI sejak dari dahulu mengambil pendekatan dengan mengadakan program yang berkaitan dengan kesedaran Tentang isu HIV dan AIDS dan rasanya PAFI sangat bertuah kerana dikelilingi oleh banyak aktivis yang sangat memahami isu yang berkaitan dengan HIV.

Sebagai sebuah pertubuhan yang turut menubuhkan satu unit program yang dikenali sebagai P+ LIFE PROJECT, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas kami untuk mempelbagaikan penyampaian dalam kaedah pencegahan dan juga menghapuskan diskriminasi dan stigma masyarakat kepada PLHIV (People living with HIV). 

Oleh kerana itu julung kalinya PAFI telah mengadakan sebuah wacana berbetuk bengkel yang dinamakan HIV : WHERE THE RISK START yang diadakan di Masjid Jamek KL pada sekitar bulan Oktober 2013 dan mendapat sambutan yang agak memberangsangkan. 

Namun begitu ianya masih tidak cukup dan kami tidak lama lagi akan mengadakan satu pementasan teater yang diberikan judul HIDUP ITU VERSATILITI (HIV) sempena dengan kehadiran WORLD AIDS DAY pada 1 Disember 2013 yang disambut di seluruh dunia.

Insyaallah maklumat lanjut berkenaan teateri ini akan disampaikan dari semasa ke semasa melalui FB saya dan juga di Blog ini. Apa yang istimewanya tentang teater ini? Kita nantikan bersama. 

Armly
13/10/2013
2.42 petang


Cinta ini sering berbuak buak bila memandang Kaabah dan tanah suci sepanjang menjelang musim Haji pada tahun ini.. Kisah ketika diri ini menunaikan umrah beberapa tahun yang lalu dan juga penceritaan hari hari oleh jemaah Haji yang berada di tanah haram Mekah dan Madinah di dalam rancangan Salam Baitullah di TV1 membuat kan diri rasa ingin saja terbang dan sampai ke sana mengerjakan Haji.

Dalam keadaan diri yang dilanda keuzuran dan sakit semenjak merasakan kesihatan diri semakin tidak mampu akibat buah pinggang ini membuatkan sering tertanya tanya, adakah ada waktu untuk kembali menjenguk makan Rasulullullah yang telah ku tinggalkan dahulu. Ingat lagi ketika itu melangkah kaki meninggalkan makam Rasululullah di masjid Nabawi, sempat mencatatat sesuatu di hadapan makam Rasulullah sambil mata mengesat air mata memikirkan sempatkah lagi aku kembali menyampaikan salam pada Muhammadku... 

Berkubah hijau
Terlindung sipejuang terpuji
Yang membuat cintaku tak terganti
 
Perjuanganmu..
Ketabahanmu...
Sentiasa membuat hati membungkam sayu
 
Cintaku takkan pernah mati
Seperti jasadmu yang tidak dimamah bumi
Dirimu sentiasa hidup dalam sanubari
Setiap mukmin berhati nurani..
 
Hari ini aku melangkah pergi
Entah bila akan kembali lagi..
 
Langkah demi langkah semakin perlahan
Tak seperti deras airmataku mengalir tak tertahan-tahan..
 
Aku kini dihadapan makammu..
Menekan nekan di qalbu
Kerana engkau cintaku
Sentiasa mekar dalam hatiku...
 
Allahummasolliala Muhammad...Ya Rasulullah...
  
Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah
2 Februari 2013 - 10.15am

Ketika ini dalam merasakan ketidak mampuan untuk melakukan sesuatu demi ummah, aku cuba untuk membuka kembali kisah kisah berkenaan Rasulullah dan sahabat Baginda. Cuba untuk aku jadikan azimat sebagai kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang tak mungkin tamat ini. Sedangkan Muhammadku didera, tercedera, darahnya membasah bumi Badar, betapa badan Baginda penuh dengan parut akibat perang, sahabat sahabat Baginda yang hingga menemui maut dalam memperjuangkan agama Islam.. Apalah setakat apa yang ku tanggung ketika ini.. Tak mungkin apa yang ku lalui sekarang sehebat apa yang Muhammadku lalui..

Bukan senang hidup ini. Walaupun perjuangan dan peperangan di zaman ini lebih kepada peperangan mental dan paling utama menentang nafsu nafsi diri yang semakin menggila akibat pelbagai tekanan sekeliling, aku tetap memujuk diri tak mungkin sehebat peperangan Rasululullah dan sahabat Baginda. Apa yang kita rasai sekarang adalah hasil dari darah mereka yang tumpah ke bumi.

Mungkin tak mampu untuk bergerak dengan lebih aktif ke sana ke mari buat masa ini. Tapi aku yakinkan diri kudrat ini masih mampu untuk berbuat sesuatu.. demi kecintaan kepada Muhammadku.. Rasululullah s.a.w..


Allahu Allah.....


Armly
12/10/2013
12.38pm 

Assalamualaikum W.B.T


Dalam hidup kita sebagai manusia ini banyak perkara yang kita nak laukakan kita tumpukan pada benda yang besar sahaja dan kita jarang nak buat satu benda kecil tapi berterusan. Kadangkala kita akan menganggap bahawa usaha kecil tidak akan emmbawa apa apa makna kerana ianya tidak memberikan impak yang boombastik. Oleh kerana itu kita hanya akan menumpukan melakukan satu perkara besar. Akhirnya penipuan yang ditanamkan oleh syaitan ini membuatkan kita akhirnya makin lupa dengan apa yang hendak kita capai dan akhirnya satu kerja pun tidak dapat dijalankan.

Ingin saya memetik tentang kisah burung pipit dan Nabi Ibrahim A.S.  Ketika Nabi Ibrahim sedang dibakar di dalam api yang marak menjulang di burung pipir merasa kasihan dengan Nabi Ibrahim. Maka burung pipit itupun menggunaka paruhnya yang kecil itu mengangkat air dan membawa air itu dan mencurahkan ke dalam api itu. Burung pipit yang lain hairan melihat perilaku burung itu dan berkata bahawa usaha nya adalah sia sia kerana ia takkan mampu memadamkan api yang menjulang itu.

Burung itu pun berkata sekurang kurangnya ia melakukan satu usaha kecil untuk memadamkan api itu dan akhirnya dengan kuasa Allah akhirnya api yang marak menjulang itu pun kelamaan makin lama makin padam dan ini menimbulkan kehairanan kepada burung burung yang lain. 




Begitulah juga kita dalam hidup ini, walaupun hanya sedikit sahaja usaha kita demi ummah tapi sekurang-kurangnnya kita telah pun berusaha untuk melakukan sesuatu. Dengan izin Allah usaha yang kecil itu mampu untuk mengubah sesuatu pada masyarakat kita.

Saya bagi contoh dalam usaha menderma dan memberi makanan kepada golongan asnaf ataupun gelandangan yang berada di sekitar kita. Kadang kita mungkin tak mampu membantu dengan banyaknya tapi kita mampu untuk membantu dengan membeli Roti Kaya yang harganya 70 sen itu dan berikan kepada beberapa orang susah yang kita nampak. Sambil berjalan di jalan di Masjid Jamek KL ataupun Masjid India dan juga di chow kit sebagai contoh apalah salahnya kita habiskan duit RM 10.00 dengan membeli roti ini dan dapat kita sedekahkan kepada mereka yang kita nampak di tepi jalan. Nampak hanya dengan jumlah yang kecil kita mampu mengisi perut kosong mereka ini. Walaupun nampak kecil tapi dapat jugak kita melakukan sesuatu sebagaimana kisah burung pipit tadi yang pada dasarnya nampak mustahil untuk memadamkan kebakaran yang besar tu tapi dengan izin Allah ia akhirnya berjaya.

Sahabat muslimku sekalian, amal tidak dinilai dengan besar atau kecilnya usaha kita.. Sebaliknya keikhlasan akan sentiasa menjadi pokok utama yang terlihat oleh Allah s.w.t

Armly 
7/10/2013
9.53am