Rindu Muhammadku....

, , No Comments
Cinta ini sering berbuak buak bila memandang Kaabah dan tanah suci sepanjang menjelang musim Haji pada tahun ini.. Kisah ketika diri ini menunaikan umrah beberapa tahun yang lalu dan juga penceritaan hari hari oleh jemaah Haji yang berada di tanah haram Mekah dan Madinah di dalam rancangan Salam Baitullah di TV1 membuat kan diri rasa ingin saja terbang dan sampai ke sana mengerjakan Haji.

Dalam keadaan diri yang dilanda keuzuran dan sakit semenjak merasakan kesihatan diri semakin tidak mampu akibat buah pinggang ini membuatkan sering tertanya tanya, adakah ada waktu untuk kembali menjenguk makan Rasulullullah yang telah ku tinggalkan dahulu. Ingat lagi ketika itu melangkah kaki meninggalkan makam Rasululullah di masjid Nabawi, sempat mencatatat sesuatu di hadapan makam Rasulullah sambil mata mengesat air mata memikirkan sempatkah lagi aku kembali menyampaikan salam pada Muhammadku... 

Berkubah hijau
Terlindung sipejuang terpuji
Yang membuat cintaku tak terganti
 
Perjuanganmu..
Ketabahanmu...
Sentiasa membuat hati membungkam sayu
 
Cintaku takkan pernah mati
Seperti jasadmu yang tidak dimamah bumi
Dirimu sentiasa hidup dalam sanubari
Setiap mukmin berhati nurani..
 
Hari ini aku melangkah pergi
Entah bila akan kembali lagi..
 
Langkah demi langkah semakin perlahan
Tak seperti deras airmataku mengalir tak tertahan-tahan..
 
Aku kini dihadapan makammu..
Menekan nekan di qalbu
Kerana engkau cintaku
Sentiasa mekar dalam hatiku...
 
Allahummasolliala Muhammad...Ya Rasulullah...
  
Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah
2 Februari 2013 - 10.15am

Ketika ini dalam merasakan ketidak mampuan untuk melakukan sesuatu demi ummah, aku cuba untuk membuka kembali kisah kisah berkenaan Rasulullah dan sahabat Baginda. Cuba untuk aku jadikan azimat sebagai kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang tak mungkin tamat ini. Sedangkan Muhammadku didera, tercedera, darahnya membasah bumi Badar, betapa badan Baginda penuh dengan parut akibat perang, sahabat sahabat Baginda yang hingga menemui maut dalam memperjuangkan agama Islam.. Apalah setakat apa yang ku tanggung ketika ini.. Tak mungkin apa yang ku lalui sekarang sehebat apa yang Muhammadku lalui..

Bukan senang hidup ini. Walaupun perjuangan dan peperangan di zaman ini lebih kepada peperangan mental dan paling utama menentang nafsu nafsi diri yang semakin menggila akibat pelbagai tekanan sekeliling, aku tetap memujuk diri tak mungkin sehebat peperangan Rasululullah dan sahabat Baginda. Apa yang kita rasai sekarang adalah hasil dari darah mereka yang tumpah ke bumi.

Mungkin tak mampu untuk bergerak dengan lebih aktif ke sana ke mari buat masa ini. Tapi aku yakinkan diri kudrat ini masih mampu untuk berbuat sesuatu.. demi kecintaan kepada Muhammadku.. Rasululullah s.a.w..


Allahu Allah.....


Armly
12/10/2013
12.38pm 

0 comments:

Post a Comment