Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI) akan
melaksanakan program PROJEK DAIE MUDA PAFI yang bertujuan untuk :
1. Melahirkan Daie Muda yang berkemahiran dalam isu yang
melibatkan komuniti disayangi (marginalized community) dan ingin menyumbang
kepada pembangunan komuniti berlandaskan prinsip prinsip Islam dan menepati
syariah.
2. Daie Muda yang akan dilatih oleh Mudir dan Mudirah yang
berpengalaman dalam isu komuniti disayangi dan juga dipandu oleh Jabatan Agama
dan Organisasi Dakwah yang mahir dalam bidang ini.
3. Mampu untuk bekerja sendiri dan boleh merancang untuk
sebarang program yang melibatkan komuniti disayangi tanpa perlu pemerhatian
sepenuh masa oleh PAFI. Berusaha untuk menjadi Pencetus Ummah kepada isu
komuniti.
4. Akan diberikan latihan yang intensif dan haruslah
berminat dengan sepenuh hati tanpa meninggalkan siri latihan intensif yang akan
dijalankan oleh jawatankuasa PAFI dan juga yang dimanahkan oleh Mudir dan
Mudirah.
5. Sesi pertama Projek Daie Muda PAFI akan mengambil 10
orang calon (5 lelaki dan 5 perempuan).
6. Peserta akan diberikan Sijil Projek Daie Muda dan akan
dipimpin untuk memohon tauliah dari Jabatan Agama Islam Negeri.
Borang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web
PAFI di www.amalfirdausi.org.