Hari ni sudah masuk hari ke 4 berpuasa. Setakat ini rasanya masih dalam mood semua rasa gembira dengan kedatangan ramadhan kali ini. Sejak kedatangan Ramadhan ini banyak program seminar agama dan yang berkaitan bergerak perlahan. Mungkin atas sebab itu masa nak dekat bulan puasa banyak program yang agak penuh hingga padat sepanjang bulan Jun 2014 yang lepas. Ini bagi memberi peluang kepada semua orang lebih fokus pada bulan yang dinamakan bulan ibadat ini.
Agak masih awal untuk merasa risau tentang kehilangan Ramadhan tapi bagi insan yang terlalu mencintai Ramadhan, bagi setiap detik yang berlalu agak meresahkan sedang banyak lagi amalan tidak dibuat dalam bulan yang digelar pesta ibadah ini.
Masuk minggu kedua nanti akan penuhlah segala jadual dengan jemputan meraikan asnaf mahupun anak yatim dalam pelbagai majlis berbuka puasa dan sahur. Tapi alangkah baiknya jika program seperti ini berterusan di bulan bulan lain. Bukan sekadar bulan ini sahaja tabiat bersedekah dan membuat amal harus diamalkan tapi bulan bulan lain juga perlu diteruskan amalan mulia ini.
Kehebatan bulan Ramadhan tidak dapat dinafikan lagi. Namun amal yang berterusan sepertimana yang dipraktikkan dalam bulan Ramadhan ini harus dijadikan amalan dan istiqamah.
Selamat beramal!
Arm Ly
4 Ramadhan 2014
6.15pm
www.mahabbahfillah.com
0 comments:
Post a Comment