Dunia ini pastinya akan lebih indah jika sekiranya aku
memahami bahawa aku memang ditakdirkan untuk mengembara di alam yang luas ini.
Dalam kembara untuk aku lebih mengenali siapa penciptaku. Masa untuk aku
bermujahadah menilai kembali penciptaku. Pastinya ia lebih mudah kerana aku
memang dilahirkan sebagai seorang muslim sejak dari lahir. Tidak seperti Nabi
Ibrahim a.s yang melihat bulan, melihat alam, melihat matahari dan mencari cari
memandang makrifat sebenar siapakah Dia pencipta alam ini. Tapi nyatanya
walaupun setelah diberikan petunjuk dan jalan, namun bukan semudah itu kita menjadi
insan yang bersyukur. Mungkin mudah menjadi seorang yang sabar tapi amat susah
untuk kita menjadi insan yang bersyukur dan ikhlas.
Pernah aku ditebak persoalan sejauh mana keikhlasan yang
telah aku zahirkan melalui segala yang aku lakukan selama ini. Adakah ianya
sekadar kebertanggungjawaban aku sebagai seorang muslim yang menjumpai hidayah
tatkala merasa amat lewat menerimanya. Allah, amatlah sukar untuk aku sendiri
menilai keikhlasan yang ada di dalam hati ini. Sehingga aku sendiri pun masih
was was dengan diri ini.
Betapa besar dan betapa kuatkah nilai cintaku padaNya?
Adakah aku hanya bersandiwara dengan kopiah dikepala, berjubah putih dan
berkain rida' dalam seharian hidupku. Atau sekadar cukup aku menjadi seorang
manusia yang terpekik terlolong menjadi pejuang agama yang masih tidak mengenal
diriku. Sering cuba untuk memangkah nafsu yang semakin memerit akhirnya tewas
dalam pertempuran yang entahkan bila akan berpenghujung.
Sering sahaja aku melihat mereka mereka itu menjadi pejuang
kalam Allah yang hebat hingga aku tertanya setakat manakah aku mampu untuk
menjadi pejuang kalam Illahi? Sedang ketika paginya aku berjuang menegakkan
kalam Illahi akhirnya kian dinihari mulai menjauhi. Ini bukan lah satu perkara
yang boleh dibuat main kerana walaupun bukan munafik iktikad tapi hakikatnya
kita semakin selesa dengan gelaran munafik amal.
Rasulullah bersabda : "Ya Allah aku harapkan rahmatMu..
Janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku walau sekelip mata"
Dan begitulah hakikatnya aku akan menyesali diri betapa aku
tidak pandai menjaga diri.. Sekadar berdiri, menyesali diri dan dimamah tarikh
tamat kini. Hakikatnya kita akan snetiasa berkirsisis dengan diri dan mencari
cari apa yang hakikatnya menjadi kekosongan dalam jiwa. Mencari dimana Al
syafie, dimana Al Ghazali tapi dimana mana ada pula Azazil.
Gelap... Memerah... Nun dihujung sana ku lihat sesosok tubuh
yang menunggu begitu ramai insan yang sedang menyelusuri jambatan ini. Ada yang
berlari, ada yang merangkak, ada yang berjalan.... Terpinga dalam kekalutan,
baru tadi aku bermanifestasi dengan diriku tentang Aku dan Dia. Belum lagi
Allah, aku belum sempat lagi dalam perjuanganku, aku belum lagi menjumpai
dimana itu IKHLAS.. Aku terdesak dengan cinta dunia dan cinta fana. Aku masih
lagi belum memulakan langkah kaki ini, harus bagaimana aku hendak melangkah ke
titian ini..
Serasa aku ditolak kasar dengan jeritan JALANNNNNN!!!...
Allah... belum lagi Allah.... belum lagi Allah....
ALLAH!!!
Aku menggosok mata pedih.. Terjaga dari lena. Simulasi diri
selepas mati, saat segalanya tiada dan yang ada hanyalah aku dan Allah yang
memegang nasib diriku.
Allah doesnt expect you to be perfect. He expects you to try
your best to be as close as you can to perfection
Arml Ly
(Dinamakan Hamli Bin Saadiah di Loh Mahfuz)
8 Ogos 2014
www.mahabbahfillah.com
0 comments:
Post a Comment