Hidup Itu Versatiliti (HIV) [Sempena World AIDS Day 2013]

, , No Comments
Sebagai seorang aktivis yang sangat mengambil berat tentang isu berkaitan dengan komuniti terpinggir, saya memang tidak dapat lari daripada mengutarakan pandangan serta melakukan tindakan terhadap isu yang berkaitan dengan HIV dan AIDS. PAFI sejak dari dahulu mengambil pendekatan dengan mengadakan program yang berkaitan dengan kesedaran Tentang isu HIV dan AIDS dan rasanya PAFI sangat bertuah kerana dikelilingi oleh banyak aktivis yang sangat memahami isu yang berkaitan dengan HIV.

Sebagai sebuah pertubuhan yang turut menubuhkan satu unit program yang dikenali sebagai P+ LIFE PROJECT, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas kami untuk mempelbagaikan penyampaian dalam kaedah pencegahan dan juga menghapuskan diskriminasi dan stigma masyarakat kepada PLHIV (People living with HIV). 

Oleh kerana itu julung kalinya PAFI telah mengadakan sebuah wacana berbetuk bengkel yang dinamakan HIV : WHERE THE RISK START yang diadakan di Masjid Jamek KL pada sekitar bulan Oktober 2013 dan mendapat sambutan yang agak memberangsangkan. 

Namun begitu ianya masih tidak cukup dan kami tidak lama lagi akan mengadakan satu pementasan teater yang diberikan judul HIDUP ITU VERSATILITI (HIV) sempena dengan kehadiran WORLD AIDS DAY pada 1 Disember 2013 yang disambut di seluruh dunia.

Insyaallah maklumat lanjut berkenaan teateri ini akan disampaikan dari semasa ke semasa melalui FB saya dan juga di Blog ini. Apa yang istimewanya tentang teater ini? Kita nantikan bersama. 

Armly
13/10/2013
2.42 petang


0 comments:

Post a Comment