MAMAT & MINAH COPY PASTE
MAMAT & MINAH COPY PASTE
Untuk menjadi kekal abadi hanya dengan menulis dan membukukan segala hasil penulisan kita. Dengan menjadikan penulisan ini sebagai satu perkara harian yang menjadi kewajiban kita maka idea kita akan sentiasa menjadi rujukan oleh banyak pihak. Selalu sahaja melihat ramai pengguna media suka untuk “kopi dan pasta”apa sahaja maklumat yang mereka baca di dalam internet terutamanya dengan ‘share’apa sahaja yang dirasakan menarik tanpa perlu merujuk berdasarkan sumber adakah benar ataupun tidak. Saya sendiri secara peribadi sangat tidak suka ‘share’apa jua status ataupun gambar yang tidak memberi apa apa makna terhadap daya kreativiti seorang manusia dalam menulis.
Seperti kata Sasterawan Negara Dato A Samad Said yang menyatakan bahawa untuk menjadi seorang yang ideanya kritis dan boleh menulis ada 5 perkara yang perlu dibuat iaitu BACA, BACA, BACA, BACA dan TULIS. Orang yang hanya berminat ‘share’apa sahaja tanpa mengambil inisiatif untuk mengkritik ataupun menulis kembali apa yang dibaca adalah orang yang tidak mampu mengembangkan diri mereka. Saya berpendapat diri kita mempunyai banyak potensi untuk diketengahkan dan juga percaya bahawa setiap dari kita mempunyai pandangan dan pendapat sendiri untuk diketengahkan. Salah atau betul bukan isunya. Isunya ialah bagaimana kita mengembangkan idea itu menjadi lebih menarik mengikut kefahaman diri kita.
Contoh sekiranya anda berminat tentang isu semasa, memetik satu artikel yang di baca di laman web, blog ataupun akhbar anda boleh membuat penilaian dan menulis pendapat tentang isu yang dibangkitkan itu. Bukan sekadar ‘share’tetapi mesti harus juga menilai. Bukan jadi orang yang apabila ditanya apakah yang dikongsi bersama pengguna media social tidak mampu untuk memberi penerangan dan ayat paling popular ialah “Saya share je, betul tak betul tu entahlah..”
Jadi kalau saya terima jawapan kepada soalan seperti itu dari pengguna media sosial lain, saya selalunya akan tekan butang ‘hide’ sahaja supaya saya tidak membaca lagi 'copy paste mereka itu'. Kerana langsung tak membantu pengembangan idealisme itu sendiri. Selamat minum kopi dan pasta ya!"
Hamli Hamdan #pafi #amalfirdausi
0 comments:
Post a Comment