Seronok untuk mengulas satu dokumen
dari BTN (Biro Tatanegara) yang terlepas ke pengetahuan umum melalui laman web
social BTN mengenai bahayanya golongan yang disebut sebagai penulis Indie yang
bakal menghancurkan Negara dan kepimpinan pada masa hadapan. Golongan penulis
Indie disebut sebagai golongan yang boleh mempengaruhi minda para remaja dan
belia dengan mengutarakan pendapat dan kritikan yang akhirnya akan meruntuhkan
Negara. Sahabat penulis dan aktivis teater Aloy Paradoks sangat sinis dengan
mengatakan bahawa dia hanya pelakon teater sahaja takkan sampai digelar sebagai
orang yang mampu menguhuru harakan Negara.
Sangatlah tidak boleh diterima akal
apabila BTN mengambil satu langkah ke belakang dengan mengkritik daya
intelektual penulis muda yang semakin kritis dengan idea dan pandangan mereka
tentang apa sahaja isu yang bermain dalam masyarakat dan juga Negara. Adalah
juga tidak patut menjadi satu perdebatan apabila mahukan semua pendapat dan penulisan
yang ditulis oleh pemikir muda harus sentiasa menyebelahi kerajaan. Seperti
mana dalam Islam kita disarankan dengan prinsip Amar Maruf Nahi Mungkar. Dimana
dengan prinsip yang diajar dari kecil dahulu, kita sedar bahawa sekiranya
ternampak perkara mungkar harus ditegah. Sebaliknya jika perkara itu bermanfaat
haruslah disokong dan ditolong oleh semua lapisan masyarakat dan rakyat untuk
menjayakan agenda itu.
Apa yang menjadi perdebatan ialah
setiap tindak tanduk pemerintah itu sendiri yang mengundang kepada kritikan dan
penulisan oleh penulis indie. Penulis indie tidak terikat dengan peraturan dan
bebas untuk mengutarakan pendapat terhadap apa juga isu. Tidak dinafikan pasca
PRU 13 dengan menunjukkan kejatuhan sokongan kepada Barisan Nasional dan peningkatan
sokongan kepada Pakatan Rakyat turut menyumbang kepada lahirnya ramai penulis
indie yang berfungsi sebagai pengkritik kepada kerajaan. Tapi jangan juga lupa
bahawa penulis indie juga ada terdiri daripada mereka yang menyokong aspirasi
kerajaan. Ini dibuktikan dengan kewujudan banyak blog dan laman web yang turut
memberikan pandangan bagi cadangan penambahbaikan dalam Negara kita yang
tercinta ini.
Tapi kita juga dihambat dengan penulis
yang ditaja oleh pelbagai proksi yang mengambil kesempatan dari kesempitan
pemikiran dan intelektual rakyat. Antaranya bila rakyat dihambat dengan
persoalan perdebatan liberalisme dan Islamis maka muncullah begitu ramai
golongan penulis yang membawa mazhab untuk ditontonkan pada masyarakat.
Anak muda sekarang sifatnya suka
mengkritik dan melawan. BTN tidak faham itu. Api dilawannya dengan Api..
Akhirnya yang terbakar, Negaraku sendiri.
Hamli Hamdan
#pafi #amalfirdausi
0 comments:
Post a Comment