Bengkel Pengurusan Sukarelawan Muslim [15 September 2013 : Dewan Kuliah Masjid Jamek KL]
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Mahabbahfillah. Insyaallah sekarang ini saya sedang bertungkus lumus untuk menguruskan beberapa event yang dianjurkan oleh Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI) dan yang terdekat adalah Bengkel Pengurusan Sukarelawan Muslim yang akan dijalankan pada 15 September 2013 di Dewan Kuliah Masjid Jamek KL
Sebenarnya program ini telah lama dirancang untuk dijalankan semenjak tahun 2011 lagi tetapi asyik saja tertangguh kerana memerlukan kesediaan yang rapi untuk dijalankan beserta modul yang mampu menarik minat peserta.
Team kami juga telah cuba untuk mendapatkan tempat yang strategik untuk diadakan bengkel ini secara berterusan dan ianya bermula dengan program yang dijalankan pada 15 September 2013 ini.
Bengkel ini akan diuruskan oleh Motivator dalam dunia sukarelawan iaitu Encik Mohd Raffie Jaafar yang pernah bertugas di Yayasan Salam, Majlis Aids Malaysia, PT Foundation dan banyak lagi NGO yang mengkhusus pada bidang sukarelawan ini. Disampin itu majlis berbesar hati menjemput sahabat saya di ABIM iaitu Encik Azlan Sharif yang akan berkongsi pengalaman beliau dan cara cara mendekati komuniti yang selama ini beliau tangani di tempat yang agak mencabar seperti di Pulau Ketam. Banyak yang kita boleh pelajari dari mereka berdua.
Kaedah penyampaian program ini akan dijalankan secara santai dan juga melalui LDK (Latihan dalam Kumpulan)
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi Sukarelawan dalam program program yang akan kita jalankan nanti jemputlah hadir ke program ini.
Sila isi borang penyertaan ke program ini seperti di bawah. Maklumat lanjut di Facebook PAFI dan Web PAFI.
BORANG PENYERTAAN
0 comments:
Post a Comment