Cukup Islamik Kah Aku?

, , No Comments


Di sekeliling aku sekarang apa yang aku lihat kesedaran beragama amat cukup kuat dengan pelbagai program keislaman yang dianjurkan di sana sini. Tak cukup dengan itu, TV pulak menyediakan 2 saluran Islamik iaitu Tv Al Hijrah dan Astro Oasis. Pengisiannya samaada cukup Islamik atau tidak bukanlah menjadi hal sebab kalau dibuat secara extrim pastinya langsung tidak dpat menarik perhatian golongan sasaran. Radio pun sejak dari dulu sudah ada IKIM FM yang banyak menumpukan kepada persoalan agama dan muamalat seharian. Adakah dengan wujudnya pelbagai saluran dan method untuk penyampajian dakwah ini kita sudah hampir kepada matlamat mewujudkan kesedaran beragama kepada semua masyarakat di Malaysia.

Sejak dari zaman Universiti dahulu di UiTM aku sudah berhadapan dengan persoalan cukup islamik apabila berhadapan dengan kumpulan yang agak ekstrim dalam beragama dan kumpulan yang agak ringan. Aku langsung tak salahkan kumpulan yang menampilkan imej berkopiah 24 jam hatta ke kuliah sekalipun. Itu adalah pemahaman mereka dan kalau mereka rasa mereka senang dengan imej Islam begitu apa salahnya. Iyalah, kalau ada yang mewarnakan rambut dan memakai rantai 24 jam kenapa pulak tidak dipersoalkan sebaliknya mereka yang berimej Islam dipersoalkan. Rasanya kalau setakat imej tidak apalah. Tapi masa di Universiti dahulu, aku jugak sering berhadapan dengan kumpulan yang merasakan semua orang salah dan mereka sahaja yang betul.

Kewujudan 2 kumpulan yang  terarah kepada pendekatan dakwah secara extrim dan ringan sepatutnya ketika itu tidak memberi masalah kerana menuju kepada matlamat yang satu. Dahulu aku ingatkan mungkin ini hanya berlaku di kampus tetapi apabila sudah tamat belajar dan menyertai banyak NGO di luar rupanya perkara ini masih lagi berbangkit, Isu siapa lebih Islamik amat menarik perhatian dan akhirnya memecahbelahkan masyarakat.

Mahu tidak mahu akhirya isu Politik akan mula masuk secara halus. Ini juga berlaku ketika aku di UiTM dahulu apabila dilabelkan Pro PAS dan Pro UMNO. Walhal matlamat untuk menganjurkan pelbagai program dakwah dan keagamaan dalaha sama. Oleh kerana banyak pengalaman perit yang aku alami semasa di Univeristi dulu aku memilih untuk menyertai NGO dan mewujudkan kumpulan Non Partisan yang membawa imej serta fahaman yang agak ringan dalam misi gerak kerja sosial.
Ada orang yang pernah bertanya dan diri sendiri juga pernah bertanya.. Apakah aku cukup Islamik dan berkelayakan dalam memimpin sebuah gerak kerja kecil seperti Usrah dan NGO amal Islami? Aku sendiri sering bertanya pada diri sampai bilakah aku mampu menjalani gerak kerja ini sedangkan kadangkala rasa diri ini tidak langsung layak untuk memimpin. Ada masanya aky rasa ingin lepaskan sahaja kepada mereka yang layak dn hanya memandang dari jauh. Tapi apa yang aku takutkan ialah aku akan bertambah jauh dan akhirnya aku akan meninggalkan gerak kerja Islam hanya semata2 kerana persoalan adakah aku Cukup Islamik untuk buat semua ini?

Oleh sebab itu aku sering mengingatkan pada diri aku sendiri bahawa apa yang aku lakukan hanya mentadbir sebuah organisasi dan bertindak sebagai Pengurus. Langsung aku meletakkan segala tanggungjawab tarbiah kepada mereka yang berkelayakan seperti Ustaz ustaz dan Ustazah ustazah. Kerana itu aku cukup bergantung kepada organisasi dakwah seperti Jakim, Jawi dan pelbagai lagi yang diwujudkan untuk menjalankan program ini.

Apakah akhirnya yang aku perolehi? Tiada apa yang aku harapkan untuk diri aku selain dariNya. Dan yang lebih penting aku amat mengharapkan agar usaha yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada sahabat2 aku yang lain yang sama menyertai gerak kerja ini.

Persoalan CUKUP ISLAMIK sepatutnya tak wujud.. Hanya persoalan adakah kita melakukan sesuatu dan tindakan yang kita buat.

0 comments:

Post a Comment