Assalamualaikum w.b.t. Pada 22 Ogos 2013 sebagai mewakili Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI) dan juga atas dasar solidariti Islam, saya bersama beberapa sahabat NGO lain membanjiri Istana Kehakiman Putrajaya untuk menghadiri keputusan yang bakal memberikan impak kepada perkembangan Islam di masa depan. Berikut adalah kronologi yang saya sentiasa update di Facebook saya sepanjang sesi tersebut.
Sekitar waktu ini menunggu keputusan hakim berkenaan
penggunaan kalimah Allah oleh Kristian oleh NGO NGO Islam. (8.37am)
Taklimat pasukan peguambela muslim.. Prosiding didengar oleh
Hakim wanita muslim dan 2 lagi lelaki muslim pagi ini. Pasukan peguambela mohon
bermunajat berikutan barisan peguam akan berjuang di dalam.. Sambil selawat
pada rasululullah.. (9.04am)
Ketika ini pihak peguambela Church sedang berusaha menolak rayuan oleh peguambela Islam dengan gharapan jika mereka menang hari ini kita tak akan boleh merayu lagi di mana mana mahkamah dan kalimah Allah kekal milik mereka seperti yang diputuskan oleh Hakim sebelum ini yang memihak kepada gereja, Hakim Mahkamah Rayuan yang menentukan keputusan hari ini
ialah Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Abdul Aziz Karim dan Datuk Rohana
Yusof.
Ketika ini laungan Azan bergema dan ramai yang berada dalam kesayuan.
Dr Yusri Mohamad, Presiden PEMBELA memberi taklimat mengenai apa yang berlaku di dalam dan juga memberikan sedikit penerangan apa akan terjadi jika kita kalah hari ini atau menang pada hari ini.
12.46 tengahahari. Penulis dapat naik ke tingkat 2 Mahkamah Rayuan dan sedang menunggu keputusan yang dinantikan. Kelihatan beberapa wakil pihak gereja hanya berani berada di tingkat atas tersebut dan tidak nampak banyak di mana mereka berkumpul.
1.28 petang. Semua hujahan telah selesai. Barisan peguambela Islam memberikan taklimat bahawa keputusan hakim akan dibuat pada jam 3 petang ini. Keputusan yang amat dinantikan.
3.40 petang. Sidang tamat. Barisan peguambela Islam menunjukkan isyarat tangan bagus dan laungan takbir bergema dari dalam mahkamah lagi.
Barisan pembela memberitahu keputusan mahkamah hari ini yang
memihak kepada pasukan pembela Muslim seperti berikut :
1) Bible bahasa melayu masih seperti status asal iaitu
dibenarkan.
2) Kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh pihak kristian
3) Permohonan pihak kristian utk meneruskan keputusan
Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah ditolak. Permohonan
peguam muslim supaya kes kalimah Allah ini dibicarakan lagi telah berjaya.
4) Permohonan pihak kristian untuk menolak pencelah dari
Majlis Agama Islam juga tidak dibenarkan. Pencelah dari Majlis Agama Islam
sekarang berstatus sebagai perayu yang sah bagi kes kalimah Allah ini.
TENTANG KEPUTUSAN KALIMAH ALLAH HARI INI..
Ada yang keliru dengan status saya sebelum ni tentang
keputusan mahkamah pada hari ini.
Menang mutlak atas kalinah Allah? Belum lagi... Seperti yang
saya cakp dari pagi tadi kesan kalau kita kalah hari ini di mahkamah kita tak
boleh buat rayuan lagi.. Kalau kita menang akan ada sambungan pada 10 September
utk perbicaraan rayuan penuh untuk membatalkan keputusan Hakim sebelum ini yang
membenarkan penggunaan kalimah Allah tu. Jadi amat penting utk kita menang pada
hari ini supaya kita x dinafikan utk langsung x da peluang yang lain.
Kemenangan pada hari ini membuka laluan dan harapan utk permintaan gereja
dimansuhkan.
Perjuangan masih belum selesai dan perlu kita terus berdoa
dan usaha memahami isu ini dan terus menjadi suara yang memperjuangkan isu ini.
Wallahualam..
Armly
22/8/2013
Istana Kehakiman Putrajaya
0 comments:
Post a Comment