Menguruskan sebuah kumpulan jemaah yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang jemaah nya yang daripada ada fikrah kepada tiada fikrah
bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Kadangkala sebagai Amir aku terpaksa
mendengar rintihan pihak sana dan sini yang tidak berpuas hati antara satu sama
lain. Walaupun pada kaedahnya ialah perkara ini takkan mungkin wujud kerana
kita berkumpul adalah kerana Allah dan semuanya demi kerana ingin mendapat
keredhaanNya, namun ini bukan semudah teori yang dapat disangka.
Kadangkala aku mula memahami kenapakah rupanya walaupun
banyak NGO yang berlainan nama namun mempunyai satu tujuan yang sama tetap
tidak dapat mencari satu permuafakatan untuk bekerja bersama-sama. Parti
politik yang sama katanya memperjuangkan kepentingan orang Melayu juga tidak
mampu untukbersatu untuk mencari satu titik persamaa. Negara-negara arab yang
juga menjadi contoh dengan kita mengatakan sebagai lebih Islamik juga turut
berperang diantara satu sama lain. Konflik di negara-negara arab juga bukan
sahaja diwujudkan oleh pihak luar tetapi yang lebih parah apabila yang menjadi
dalangnya adalah mereka yang berada dalam negara itu sendiri. Dengan kata lain
rakyat mereka sendiri yang mengaku beragama Islam dan menyembah Allah yang
satu.

Bukan lagi menjadi rahsia bila di negara kita Malaysia yang
tercinta ini, makin banyak NGO yang wujud terutamanya NGO yang memperjuangkan
hak Islam dan orang Melayu. Namun demikian amat susah untuk mereka ini bersatu
di bawah satu payung. Kadangkala seakan menjadi masalah bila setiap NGO ini
ingin menjuarai isu yang dibuat dan sangat tidak ingin berkongsi isu yang sama
walaupun isu ini akan membawa keuntungan kepada kemaslahatan ummah. Ini yang
menjadi masalah kepada kewujudan NGO yang ingin bersifat populis dalam
menganjurkan pelbagai isu dan program. Bila ada diantara NGO lain yang ingin
menagih sokongan kepada sesuatu isu atau program, perkara pertama yang akan
mereka fikirkan ialah apakah keuntungan yang akan mereka perolehi dari
kerjasama ini? Adakah mereka akan popular atau NGO yang satu lagi akan popular?
Dapat tak menambahkan dana kita? Adakah masyarakat akan sedar bahawa isu atau
program ini adalah hasil dari kita?
Melihat kepada pertikaian dan apa yang mereka fikirkan bila
membuat keputusan untuk bersama dengan NGO lain membuat kan aku rasa sungguh
keji terhadap tindakan dan pemikiran mereka ini. Hingga kini aku paham kenapa
banyak sangat NGO wujud di Malaysia ini. Anatar sebab nya bila NGO yang ada ini
lebih memikirkan keuntungan politik dan ingin popular dan langsung tidak mahu
ada sekumpulan orang lain (orang baru) yang menganggotai NGO ini akan
menenggelamkan mereka orang lama. Sedangkan mereka sendiri perlu sedar bahawa
persatuan atau pertubuhan bukanlah hak milik individu sebaliknya ia adalah satu
entiti yang menggabungkan pernyataan dan permuafakatan sebahagian ahli yang
terlibat dalam NGO tersebut.
Jika perkara ini terjadi pada NGO yang bersifat bukan agama
mungkin aku tidak berapa kisah sangat terutamanya yang melibatkan parti
politik. Tapi yang menjadi satu perkara yang bukan sahaja membuatkan aku
serabut malahan para pemerhati mendapati ia menjangkiti semakin banyak NGO yang
berteraskan Islam. Persoalan siapa lebih Islamik dan siapa yang sekular, siapa
yang di belakangnya parti politik dan siapa di belakangnya pemusnah agama Islam
juga sering dipersoalkan.

Bila aku memikirkan isu-isu dan perkara ini barulah aku
sedar bahawa apa yang kumpulan Usrah aku alami merupakan 'sample' daripada
'populasi' masalah yang melanda masyarakat zaman kini. Dan jika ia menjangkiti
kumpulan Usrah dan pertubuhan yang aku uruskan ini barulah aku sedar bahawa ia
bukan perkara mudah untuk seorang pemimpin untuk mengatasi masalah berkaitan
dengan jemaah.
Sebagai seorang pemimpin, aku perhatikan semua NGO dan pertubuhan
yang ada perlu bersifat lebih matang dan perlu sentiasa bermuhasabah dengan
matlamat sebenar perjuangan kita? Redha siapa yang ingin kita cari? Popular di
mata manusia? Atau popular di mata Allah dan seluruh penghuni langit.
Wallahualam
# Theres no right or wrong.. just to think about...
Armly
6/8/2013
0 comments:
Post a Comment