Merasakan kejatuhan dan keperitan dalam meneruskan
perjuangan kehidupan terutama dalam mnyandarkan harapan pada Allah yang maha
esa bukanlah satu perkara yang ganjil dalam kehidupan kita ini. Waktu pagi kita
berbicara seperti seorang ustaz dan pakar kehidupan, petang hari kita mula
menonjolkan sifa yang bertentangan dan malam hari kita mula menyerupai pemilik
pemilik hipokrasi yang seolah olah mempersendakan kata kata yang dilafazkan pai
tadi. Sebelum kita melelapkan mata kita muhasabah kembali apa yang telah kita
lakukan dan kita mula diserang rasa kekecewaan akibat hipokrasi diri yang kita
amalkan setiap hari. Menanti fajar kembali pada esok pagi kita berjanji untuk
menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Dan kita memulakan hari lagi dengan
ungkapan dan status di Facebook yang menyeru kepada kebaikan dan akhirnya
menjelang petang kita kembali membiarkan syaitan merajai hati kita dan kembali
kalah dalam perjuangan menegakkan iman dan mempertahankan keimanan dalam hati
kita.
Dalam doa doa kita setiap hari kita sering meyandarkan doa
dan bermohon kepada Allah agar kita dihidupkan dalam iman dan dimatikan dalam iman.Kita
juga memohon pada Allah agar kita diberikan pengkahiran hidup yang baik. Tapi
seringkali segala apa yang berlaku dalam hidup kita seolah tidak memungkinkan
untuk kia dihidup dan dimatikan dalam iman. Seolah olah jauh dari nyata tentang
impian husnul khatimah.
Siapalah boleh menjamin apa yang kita harapkan dan impikan
sebagai muslim yang soleh dan solehah akan berkekalan sehingga ke akhirnya.
Selalunya kita akan mengambil langkah besar untuk memulakan penghijrahan, kita
rasa hebat di permulaan, kita semakin gemilang di pertengahan, mencapai satu
fasa stabil dan akhirnya penipuan syaitan itu yang membisikkan di telinga kita
akan mula beraja di hati dan akhirnya perlahan demi perlahan kita mula menuruni
anak tangga yang kecil yang membuatkan sampai satu masa kita tak sempat untuk
menuruni anak tanngga tetapi tersungkur akibat langkah yang semakin mengecil
natijah daripada langkah besar yang kita ambil dulu.
Iman itu pemiliknya Dia. Hari ini mungkin kita mencapai
martabat Nabi tetapi esok mungkin sebaliknya. Mendabik dada dan mengecilkan
orang lain yang tidak satu fikrah dengan kita merupakan satu ujian yang Allah
berikan untuk menguji rasa riak dan ego yang tersembunyi dalam hati kita.
Sedangkan nabi Allah Adam tercampak ke dunia akibat godaan
Iblis, apatah lagi kita manusia biasa. Namun dengan meyakini martabat manusia
itu amat tinggi hinggakan malaikat disuruh sujud pada Adam, perlu kita tanamkan
dalam hati bahawa dengan mengenali hakikat diri pasti martabat itu akan tinggi.
Jika tidak masakan Rasulullah S.A.W dijadikan pesuruh Allah tetapi bukannya
malaikat?
Sekadar satu inspirasi dan motivasi pada diri sendiri dan
sahabat yang sudi membaca coretan ini. Semoga kita meredhai segala ketentuan
baik dan buruk yang datang dari Allah itu.
Tersungkur dan jatuh dalam perjuangan bukan perkara luar
biasa...
When u feel that everything you do, the harder you try its
getting worse, stop a while and reverse.. Sometimes its a sign from God to you before
you lose...
Armly
teraso den... :P
ReplyDelete